Wednesday, May 21, 2008

Program Nilam

Pengenalan

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif

1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan
sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca ini.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]